Hari ini hari terakhir aku belajar memandu.
Sebelum aku meninggalkan akademi fantasia, eh silap, akademi memandu, Encik Mat (tutor favourite aku) telah memberi kata-kata semangat, "Semoga lulus ujian memandu besok. Awak ni ada harapan lulus, tapi undang-undang tak boleh pakai ah."
Tersentap, airmata macam mahu meleleh.
Bukan terharu tapi aku semacam sensetif dipelir begitu. Eh, diperli.
Disuruh signal kanan, aku pasang signal kiri.
Disuruh break, aku lajak laju.
Handphone dalam beg balik-balik bunyi terlupa silent sehingga menganggu kosentrasi hingga hampir-hampir terlanggar anak orang asli yang sedang leka bermain di tepi jalan raya batu 11, Gombak.
Dan aku rasa macam belum sedia lagi ni. Sumpah belum sedia.
Encik Mat, boleh bagi aku latihan free lagi 4 jam???
1 comment:
Ngam lah.bgs ko punya teori arr hehe.kalau bleh ko kasi drift sikit tu kereta bah hehe.
Post a Comment