Sunday, April 4, 2010

It's true, life is so hard and complicated.

Beberapa hari ini, aku sangat moral down. Aku terlalu bodoh sebab selama ini aku ingat hidup ini akan selalu indah. Tapi selalunya susah orang jujur macam aku ni hidup dengan dikelilingi penipu.

Susah untuk aku hurai dengan bahasa yang cantik, aku loveless sekarang. Kalau ada poket doremon dalam kocek seluar, aku teringin mahu reverse ke masa lalu. Biar undur ke 10 tahun yang dulu. Aku rindu keluarga aku yang dulu. Aku rindu aku yang dulu. Time tu aku mati mati ingat rasa seronok itu sebenarnya berkekalan.

Hah bodoh betul.

Selama ni aku buat buat kuatkan semangat. Konon kuat. Itu saja cara untuk aku memotivasikan diri, untuk terus orak langkah. Tapi aku tidak sedar yang setiap langkah yang aku orak rupanya longlai belaka.

Sampai sekarang aku tertanya tanya kenapa orang sangat suka tulis semua perkara dalam blog. "Hari ini saya terlepas bas ke damansara, sucks", "Hari ini aku pengsan tengok member aku derma darah, darah dia merah pekat", "Hari ini aku moody sebab aku period banyak", "Baru aku sedar yang sebenarnya aku ni seorang lelaki sejati tapi terperangkap dalam badan wanita".

Sebenarnya kita hanya bercakap dengan diri sendiri. Orang hanya baca, mungkin part yang penting saja, tapi kau ingat orang nak ambil peduli? Buang masa diorang lah.

Sudahlah.

No comments: